MEMASTIKAN MURID BEKEPERLUAN KHAS MENDAPAT AKSES DAN EKUITI KEPADA PENDIDIKAN YANG BERKUALITI SELARAS DENGAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN.
MISI PPKI
MENYEDIAKAN PENDIDIKAN ASAS YANG KUKUH DAN BERKESAN SERTA BERDAYA MAJU KEPADA MURID-MURID PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SK BANDAR RINCHING DAN MEMBENTUK MURID MENJADI INSAN YANG BERDISIPLIN, BERILMU SERTA DAPAT BERDIKARI DAN MEMBERI SUMBANGAN BAKTI KEPADA AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.
VISI PPKI
MENGHASILKAN MURID - MURID YANG MEMPUNYAI DAYA KEYAKINAN YANG TINGGI DALAM MENGHADAPI CABARAN DAN BOLEH DIKETENGAHKAN DALAM SEMUA ASPEK KEHIDUPAN DISAMPING MEMINIMAKAN MASALAH TINGKAHLAKU DAN MEMAKSIMUMKAN KEBOLEHAN YANG ADA PADA MURID PPKI SK BANDAR RINCHING
GARIS PANDUAN DAN SYARAT KEMASUKAN MURID/PELAJAR KE PROGRAM PENDIDIKAN KHAS PERCANTUMAN.
Murid/ Pelajar Baru
Calon berumur 7tahun (sekolah rendah) dan 14 tahun(sekolah menengah) pada tarikh permohonan.
Borang yang tidak lengkap adalah dianggap gagal
Calon yang disahkan oleh doktor pakar kanak-kanak dengan menggunakan borang pemeriksaan doktor yang disediakan.Setiap butiran dan menerima pemeriksaan yang terperinci. (Laporan doktor adalah diwajibkan)
Calon ditemuduga oleh panel terlebih dahulu sebelum diputuskan sama ada layak atau tidak layak ditempatkan ke Program Pendidikan Khas Percantuman(kecuali calon cacat pendengaran CPD)
Keputusan temuduga diserahklan ke Jabatan Pelajaran Negeri Selangor untuk disemak dan dikenalpasti masalah serta kategori calon. Penempatan hanya akan dibuat kepada calon yang layak sahaja.
Calon-calon yang layak diterima:
boleh urus diri tanpa bantuan orang lain
tiada kecacatan fizikal yang teruk
tiada mengalami masalah sikap/tingkahlaku luarbiasa seperti hyperaktif (susah kawal),ganas atau mental yang teruk.
Tiada mengalami sebarang penyakit dalaman seperti sawan,jantung dan lain-lain.
Calon yang layak hanya akan ditempatkan ke sekolah percantuman yang sesuai dan bergantung kepada kekosongan tempat pada ketika itu. Sekiranya tiada kekosongan tempat, calon adalah dianggap sebagai calon menunggu.
Setiap calon yang layak diterima masuk adalah dalam tempoh percubaan selama 3 bulan. Pihak sekolah/Penyelaras program akan membuat laporan mengenai perkembangan dan prestasi pembelajaran calon tersebut. Sekiranya layak/lulus,calon tersebut akan mengikuti pembelajaran seterusnya. Bagi calon yang gagal, disarankan ke program lain seperti PDK (Kebajikan Masyarakat), program swasta atau bimbingan penjaga masing-masing.
Calon yang telah ditemuduga dan gagal boleh memohon semula penempatan sekiranya calon telah melalui pemulihan dan dianggap layak.
Tempoh pembelajaran seseorang murid/ pelajar di Program Percantuman adalah :
Sekolah Rendah daripada umur 7 Tahun ke 13 Tahun
Sekolah Menengah daripada umur 14 Tahun ke 19 Tahun
Tetapi walau bagaiamanpun, prestasi bulanan setiapmurid/pelajar akan menentukan tempoh pembelajarannya.Sekiranya pada satu-satu tempoh itu, murid atau pelajar itu menunjukkan prestasi yang menurun dan menimbulkan masalah kepada sekolah(guru dan rakan sebaya). Maka murid / pelajar berkenaan boleh disarankan untuk direhatkan/berhenti bagi satu tempoh sehingga murid berkenaan menunjukkan sikap atau kelakuan dan minat yang positif.
Peruntukan Murid/Pelajar Pendidikan Khas
Pertukaran murid/pelajar program Pendidikan Khas hendaklah menggunakan borang pertukaran yang ‘standard’. Borang tersebut hendaklah di hantar terus ke Unit Pendidikan Khas,Jabatan Pelajaran Negeri Selangor untuk di proses dan tindakan selanjutnya.
Pertukaran dan penempatan yang tidak melalui Jabatan Pelajaran Negeri Selangor-Unit Pendidikan Khas tidak boleh diterima.
Borang-borang pertukaran boleh didapati di semua sekolah dan hendaklah ditandatangani oleh Guru Besar/Pengetua sekolah berkenaan.
DEFINISI KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN
Kanak-kanak bermasalah pembelajaran merupakan kanak-kanak yang telah dikenalpasti dan disahkan oleh pakar profesional klinikal sebagai mengalami kecacatan yang menganggu proses pembelajaran. Kecacatan yang dialami boleh diketegorikan mengikut tahap kefungsian kanak-kanak dalam kebolehan-kebolehan yang berikut:
kebolehan kognitif
tingkahlaku sosial / perkembangan sosial
penguasaan bahsa lisan/pertuturan
penguasaan membaca
kemahiran perkembangan (developmental skills)
kemahiran matematik
CIRI-CIRI KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN
Terdapat banyak ciri-ciri kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Antara ciri-ciri yang mungkin dapat menolong pakar-pakar diagnostik dan guru-guru dalam mengenalpasti dan mengajar kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran:
Ciri-ciri fizikal
Bentuk badan dan ko-ordinasi motor kanak-kanak ini tidak banyak berbeza dengan kanak-kanak normal. Walaubagaimanapun kanak-kanak yang mempunyai rendah keupayaan mental yang disebabkan oleh faktor – faktor organik adalah lebih kecil bentuk badan berbanding dengan kanak-kanak biasa.
Ciri-ciri intelek
Terdapat kelewatan dalam perkembangan kematangan dan fungsi-fungsi intelek yang tertentu yang diperlukan dalam perkembangan di sekolah. Sebagai contohnya,mereka mempunyai rendah daya ingatan, kebolehan dalam bidang pengamatan dn perkonsepan dan kebolehan berbentuk kreatif. Kesediaan belajar dan keupayaan menerima pelajaran bagi kanak-kanak bermnasalah pembelajaran tidak sama dengan kanak-kanak biasa. Contohnya, mereka hanya dapat mempelajari apa yang dipelajari apa yang dipelajari oleh kanak-kanak biasa berumur 6 tahun pada peringkat umur 8 tahun atau lebih.
Ciri-ciri sosial dan peribadi
Mempunyai bidang perhatian yang singkat atau kurang tumpuan terhadap sesuatu. Mudah kecewa disebabkan pengalaman kegagalan yang berulang-ulang hasil daripada pengharapan masyarakat supaya mereka berfungsi sesuai dengan umur kronologi mereka. Sikap dan nilai mereka tidak selaras dengan tingkahlaku kanak-kanak biasa. Minat mereka adalah selaras dengan kanak-kanak yang mempunyai mental yang sama dengan mereka.
RASIONAL
Kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran berupaya untuk menerima pendidikan yang sesuai dengan kemampuan dan perkembangan mereka secara menyeluruh. Hanya sekadar mereka kurang bertindakbalas kepada strategi pengajaran dan pembelajaran biasa. Oleh itu satu program khas perlu disediakan untuk memenuhi keperluan murid-murid ini mengambil kira aspek-aspek seperti masa, bahan, budaya, kelas, teknik mengajar, bantuan kepakaran dan penglibatan masyarakat.
MATLAMAT
Kurikulum kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah bertujuan melengkapkan kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran dengan kemahiran-kemahiran yang tertentu bagi membantu mereka mencapai perkembangan yang menyeluruh. Perkembangan ini membantu mereka mencapai perkembangan yang menyeluruh. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial agar mereka boleh menjadi satu ahli masyarakat yang berguna dan berdikari.
OBJEKTIF
Setiap orang kanak-kanak diberi peluang dan bimbingan yang seluas-luasnya untuk membolehkan mereka:
Menguasai kemahiran komunikasi
Menguasai kemahiran bergaul
Mengetahui dan memperkembang perasaan ingin tahu mengenai hal diri dan alam sekeliling
Menjaga kesihatan dan keselamatan diri
Menguruskan hal-hal kehidupan seharian
Mempunyai keyakinan diri dan konsep kendiri yang positif
Melibatkan diri dalamkegiatan rekreasi
Memahami keperluan perkembangan jasmani serta menguasai kemahiran motor
Menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni
Mengembangkan potensi,bakat,dan daya kreatif serta intelek
SASARAN
Murid-murid terencat akal ringan yang:
Telah disahkan oleh doktor pakar kanak-kanak yang bertauliah
Boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain
Tiada kecacatan fizikal yang teruk
Tiada mengalami masalah sikap/tingkahlaku luarbiasa seperti hyperaktif (sukar dikawal),ganas atau mental yang teruk
Tiada mengalami sebarang penyakit dalaman seperti sawan,jantung dan lain-lain. (percubaan selama 3 bulan diberikan kepada murid-murid baru)
SEKOLAH KEBANGSAN BANDAR RINCHING
43500 SEMENYIH SELANGOR DARUL EHSAN,
MALAYSIA.
Untuk makluman lanjut sila email webmaster
(mr_azzj 'at' yahoo.com) atau
YM Cikgu Azizi
(Hantar pesanan)
Penafian Laman Web; Laman web skbr.edu.my menyediakan maklumat berkaitan SK Bandar Rinching, 43500 Semenyih Selangor. Maklumat yang ditulis adalah hasil maklumat bahagian pentadbiran dan warga pendidik sekolah untuk rujukan dan informasi pengunjung berkaitan sekolah. Semua maklumat yang disediakan tidak semestinya tepat dan sebarang pindaan berkaitan maklumat akan sentiasa dilakukan dari masa ke semasa.
Diuji menggunakan paparan resolusi 1024 x 768 dengan menggunakan IE 8 beta
Dibangunkan secara rasmi pada 1 Februari 2008 oleh Muhamad Azizi bin Jazmi PPKI 2008